Bengkel ‘Dikir.SG!’ adalah bengkel pengenalan kepada persembahan seni Dikir Barat di Singapura. Menerusi bengkel ini, para pelajar akan didedahkan kepada semua aspek berkaitan dengan persembahan dikir barat; termasuk persembahan nyanyian dan gaya, susunan muzik dan reka tari ragam.

Aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menarik dapat menghela minat pelajar dalam aktiviti seni persembahan Dikir Barat ala Singapura. Bengkel ‘Dikir.SG!’ yang bersifat holistik dalam persembahan akan menekankan aspek nilai bekerjasama dan berdisiplin.

Objektif

Pada akhir pelajaran, peserta akan:

  • mengenali jenis alat muzik Dikir Singapura
  • mempelajari beberapa lagu Dikir Singapura
  • membuat persembahan Dikir Singapura yang ringkas

Bengkel Dikir.SG sesuai bagi para pelajar peringkat rendah dan menengah.

 

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hour / 1.5 hours
Materials provided: Percussion instruments