Bengkel asas permainan kompang ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada persembahan kompang dan hadrah. Melalui bengkel ini, para pelajar akan dapat mengenali rentak dan alat rebana yang dipalu dalam persembahan kompang.

Permainan kompang sudah lama wujud di Singapura dan ia adalah satu persembahan yang relevan dan dekat dengan diri pelajar.

Bengkel ‘Kompang’ akan mengajar rentak dan juga pecahan paluan yang ada dalam sesebuah persembahan kompang. Pelatih untuk bengkel ini juga merupakan ahli yang mahir dan sudah lama bergiat secara profesional dalam persembahan kompang.

 

Bengkel ini sesuai untuk para pelajar peringkat rendah dan menengah

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hour / 1.5 hours
Materials provided: Percussion instruments