LAKON LAYAR adalah program berdasarkan Drama & Pertuturan yang telah dijalankan WildWhiz Learning sebelum ini. Program ini akan membawa pelajar meneroka watak dalam beberapa kisah yang menarik. Melalui program ini, para pelajar akan diajar asas melontarkan suara dan pergerakan berdasarkan watak yang telah diberikan. Lakon Layar juga adalah tambahan bagi kelas Drama & Pertuturan biasa kerana murid akan dapat lihat sebuah pementasan ringkas oleh para pelatih pada awal kelas.

Para pelajar akan diterangkan tentang konsep bertutur dengan baik. Para pelajar akan dibantu dengan penggunaan pepatung jari dan beberapa alat mainan untuk membantu dalam memperkasa tatabahasa, memperelok gaya dan pergerakan, memperbaiki diksi dan menjelaskan sebutan.

Pada akhir pelajaran, murid akan:

  • Membuat persembahan ringkas di hadapan kelas
  • Menggunakan teknik yang telah diajar oleh pelatih
  • Menggunakan langgam bahasa yang betul dalam lakonan.

 

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hour / 1.5 hours
Materials provided: Scripts & Props