Bengkel bercerita dan nyanyian beramai untuk para pelajar peringkat rendah.

Bengkel ‘Mari Bercerita!’ bertujuan memupuk minat pelajar dalam aktiviti-aktiviti bercerita dan bernyanyi secara berkumpulan. Para pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan individu.

 

 

Aktiviti ini akan meningkatkan keyakinan pelajar dalam bercerita dan membuat persembahan mudah di hadapan kelas. Murid akan diberikan pepatung jari untuk membantu dalam persembahan mereka.

Objektif

Pada akhir pelajaran, peserta akan:

  • membuat persembahan ringkas bercerita
  • membuat persembahan ringkas nyanyian
  • menggunakan pepatung jari dalam persembahan mereka

 

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hour / 1.5 hours
Materials provided: Finger puppets & PowerPoint Slides