Program ‘Muzitra’ ialah program khas untuk semua peringkat sekolah yang mendedahkan dan memperkenalkan Muzik Tradisional Melayu kepada para pelajar. Program ini diketuai oleh Encik Fadhli Ramlee, seorang pemuzik, penulis dan pelakon teater. Program ini sesuai bagi acara himpunan atau sebagai bengkel untuk semua peringkat.

Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan kepada:

– Jenis-jenis alat Muzik Tradisional Melayu
– Jenis rentak Muzik Tradisional Melayu (zapin, inang, asli dan joget)
– Sejarah Muzik Tradisional Melayu dan kerelevanannya terhadap masyarakat Melayu pada masa kini

Bengkel Muzitra sesuai bagi para pelajar peringkat rendah dan menengah.

 

Sessions: 1 session
Duration: 1 hour / 1.5 hours
Materials provided: Musical instruments