Sesebuah lagu dapat membangkitkan pelbagai perasaan dalam diri seseorang. Sekiranya lagu itu mempunyai lirik yang positif, seseorang boleh terdorong untuk menjadi lebih positif dan mempunyai motivasi untuk berjaya.

Sebuah lagu boleh digubah sekiranya pelajar mempunyai tulisan merupai puisi, pantun atau lirik lagu. Penggubahan lagu adalah kemahiran yang merupakan satu terapi minda dan perasaan bagi pelajar.

Dengan teknik yang mudah, pelajar akan dibantu untuk menghasilkan lagu yang ringkas dan senang untuk dihafal dan dinyanyikan bersama. Lagu yang digabungkan dengan seni kata yang baik akan dapat menarik minat dan kefahaman pendengar serta mudah untuk dinikmati bersama.

Program ini sesuai dijalankan bersama Program Penulisan Lirik.
Program ini sesuai untuk para pelajar peringkat rendah dan menengah.

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hr / 1.5 hrs