Penulisan lirik lagu adalah sebuah latihan yang baik bagi penulisan kreatif. Melalui penulisan lirik, pelajar akan dapat mencungkil kekreatifan mereka dalam menghasilkan sebuah karya yang padat dan ringkas. Lirik ini kemudian digabungkan dengan idea lagu untuk menjadi sebuah produk yang menarik yang senang difahami dan didengari.

Melalui penghasilan lirik juga, pelajar akan dapat meluahkan perasaan dan fikiran mereka yang mungkin jarang dapat diketahui teman atau guru. Penulisan lirik adalah satu kemahiran yang memerlukan pelajar mengasah kosa kata dan melatih penggunaan bahasa yang baik dalam penulisan.

Penulisan lirik sebenarnya adalah sebuah terapi minda dan perasaan yang amat baik untuk mengekspresi idea dan fikiran.

 

Program ini sesuai dijalankan bersama Program Penulisan Lirik.
Program ini sesuai untuk para pelajar peringkat rendah dan menengah

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1hr / 1.5hrs