Program TINTA KATA bertujuan mengasah minat dan kebolehan pelajar untuk menulis. Program ini telah dikemaskini dan menggabungkan dua program asal, iaitu Tinta dan Tinta 2.0. Tinta Kata menggunakan teknik G.A.HTM yang akan membantu mengarahkan penulisan pelajar kepada keperluan menjawab soalan serta menarik minat pembaca.

Pelajar akan melalui pelbagai aktiviti menarik yang akan mengasah kreativiti dan kekuatan bahasa dalam penulisan. Aktiviti ini termasuk aktiviti mainan bahasa, aktiviti mengasah kreativiti dan lain-lain lagi. Kumpulan nota yang diberi akan membantu pelajar dalam mengatur strategi yang terbaik untuk menulis karangan mereka.

 

Nota ini mengandungi cara-cara terperinci dalam menghasilkan penulisan yang baik termasuk latihan-latihan bahasa, latihan mengasah kreativiti dan aturan langkah penulisan.

Program ini sesuai bagi pelajar peringkat rendah dan menengah.

Sessions: 2 sessions (minimum)
Duration: 1 hour
Materials provided: Notes